Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir bagi menjayakan Hari Interaksi 2 pada hari ini. Sesi pertemuan bersama guru kelas memberikan ruang untuk melihat perkembangan akademik dan akhlak anak-anak serta berbincang secara langsung tentang usaha yang boleh diperkukuh bagi tahun seterusnya.
Program ini juga menjadi peluang untuk sekolah dan ibu bapa bekerjasama dalam membentuk pelajar secara holistik, berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga kerjasama yang baik ini terus memberi manfaat dan menyokong kecemerlangan murid-murid Huffaz.
📅 Jumaat, 5 Disember 2025
⏰ 8.15 pagi – 12.30 tengah hari
📍 SRII Integrasi Huffaz, Saujana Utama
📆 3 Disember 2025 (Rabu)
Suasana sekolah hari ini lebih meriah dengan pelbagai aktiviti yang buat murid-murid teruja. Program Sifir bersama Kapten Syafeeq penuh dengan gelak tawa sambil anak-anak belajar kira-kira dengan cara yang lebih mudah dan fun. Di sudut yang lain pula, Puan Ashikin memimpin sesi membaca, melukis dan mewarna, menjadikan kreativiti murid benar-benar terserlah.
Kami juga mengadakan jualan buku sebagai galakan tambahan untuk memupuk minat membaca sejak kecil. Semoga setiap aktiviti kecil ini meninggalkan impak besar dalam perkembangan anak-anak Huffaz.
Pada 2 Disember 2025 (Selasa), Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dari Klinik Kesihatan Kuala Selangor telah menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan dan imunisasi untuk murid Tahun 1 dan pemeriksaan kesihatan untuk murid Tahun 6. Terima kasih kepada para petugas kesihatan yang sentiasa komited memastikan kesejahteraan anak-anak Huffaz terjaga.
Ibu bapa turut memainkan peranan besar dalam kelancaran program ini, dan kami amat menghargai kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini membantu memastikan murid kekal sihat, cergas dan bersedia untuk sesi pembelajaran yang lebih baik sepanjang tahun.
Pendidikan merupakan tonggak utama dalam pembangunan sumber manusia sebuah negara. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, sistem pendidikan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, menghadapi cabaran yang serius. Pendidikan menjadi landasan utama pembangunan manusia, dan perubahan dalam persekitaran global, teknologi, dan dinamik sosial mendorong kita untuk mengkaji semula pendekatan dan strategi dalam membangunkan sistem pendidikan. Dengan berlakunya pandemik global COVID-19, dunia pendidikan telah berdepan dengan ujian yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pengajaran jarak jauh, ketidakpastian, dan ketidakseimbangan akses menjadi aspek utama yang menyentuh setiap lapisan pendidikan, dari prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Namun, di tengah-tengah cabaran ini, peluang untuk melakukan transformasi yang menyeluruh dalam pendidikan muncul.
Kesan daripada pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan transformasi kepada pendidikan di negara kita. Berikut adalah beberapa impak utama yang dapat dikenalpasti:
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ):
Berlaku perlaksanaan PJJ secara mendadak di sekolah dan lembaga pendidikan di seluruh dunia terpaksa beralih ke PJJ secara tiba-tiba sebagai tindak-balas terhadap pandemik. Hal ini menimbulkan cabaran teknikal, kebolehcapaian dan penyesuaian dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa. Dengan keperluan PJJ, terjadi peningkatan penggunaan platform pembelajaran online, perisian persidangan video, dan peranti teknologi lain untuk membolehkan pengajaran berlaku di luar bilik darjah.
Ketidaksetaraan Akses Pendidikan:
Tidak semua pelajar memiliki akses kepada peranti dan sambungan internet yang stabil, menyebabkan ketidaksetaraan dalam pelaksanaan PJJ. Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, komuniti luar bandar dan kumpulan yang terdedah mungkin menghadapi kesukaran yang lebih besar untuk mengakses pendidikan dalam talian.
Gangguan terhadap Proses Pembelajaran:
Kehilangan Interaksi Sosial: Pelajar kehilangan interaksi sosial dan persekitaran pembelajaran tradisional yang boleh menjejaskan aspek sosial dan emosi mereka. Ketidakpastian dan pengasingan yang disebabkan oleh pandemik boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental pelajar.
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai insentif untuk menyokong sistem pendidikan semasa pandemik COVID-19. Beberapa insentif ini bertujuan untuk merangsang perkembangan pendidikan dalam talian, membantu pelajar dan guru menghadapi cabaran teknikal dan kewangan, serta memastikan kelangsungan pengajaran dan pembelajaran. Beberapa contoh insentif yang telah diperkenalkan termasuk:
Bantuan Kewangan:
Pelatihan dan Pembangunan Profesional:
Inisiatif Teknologi dan Digitalisasi:
Pemulihan Psikososial:
Penyesuaian Kurikulum:
Sokongan Kepada Sekolah Luar Bandar dan Golongan Rentan:
Inisiatif dan insentif-ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk menjaga kesinambungan pendidikan dalam keadaan yang mencabar sekaligus memastikan setiap pelajar dan guru mendapat sokongan yang mencukupi.
Pandemik COVID-19 telah menjadi pendorong utama bagi transformasi mendalam dalam sistem pendidikan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Sebagai negara, kita telah menghadapi cabaran yang belum pernah terbayangkan sebelumnya, dan dalam keadaan krisis, kita telah menemui peluang untuk memperbaharui, melibatkan, dan menyegarkan landskap pendidikan kita. Transformasi pendidikan selepas pandemik ini bukanlah sekadar tentang penyesuaian terhadap cara pembelajaran dalam talian, tetapi ia mencerminkan perubahan hakiki dalam pemikiran dan pendekatan kita terhadap pembelajaran dan pengajaran. Keupayaan untuk beradaptasi dengan keperluan abad ke-21, penekanan pada kemahiran seimbang, dan pengintegrasian teknologi sebagai alat pendukung utama telah membentuk landskap pendidikan yang lebih dinamik dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Tiba sudah masanya untuk menyambut Tahun Baru! Ibarat melangkah ke halaman baru dalam sebuah buku - penuh dengan peluang baru, muka surat kosong menanti kisah yang berwarna-warni. Ketika kita memasuki fasa baru ini, mari kita sambut dengan penuh semangat peluang perjalanan yang belum kita jelajah, hargai saat indah yang belum dicipta, dan rayakan pelbagai kemungkinan yang menanti. Ini adalah tahun yang dipenuhi dengan kegembiraan, pembelajaran, dan pertumbuhan bagi setiap pelajar sekolah kita! Selamat Tahun Baru 2024!
UNTUK PENDAFTARAN PELAJAR, SILA IKUT PAUTAN INI.
ezy.la/daftarHuffazRehal
**Bagi proses pendaftaran, pilih Sekolah Rendah Huffaz untuk “SRI Integrasi Huffaz, Saujana Utama” dan pilih TAFA Kota Damansara untuk “SRI Rehal, Kota Damansara”.
Disediakan oleh: Muhammad Syahmim bin Mt Yusoff
Sejak akhir-akhir ini, isu boikot produk yang ada kaitan dengan Israel hangat diperkatakan di seluruh pelosok dunia. Rakyat Malaysia juga tidak terlepas daripada isu boikot ini sehingga banyak kedai-kedai yang berpangkalan di Amerika Syarikat sunyi sepi tanpa kehadiran pelanggan. Hal ini demikian kerana rentetan daripada tindakan Israel yang berterusan menganiaya penduduk Palestin sehingga menyebabkan kematian berpuluh ribu penduduk Palestin yang tidak bersalah. Menurut laporan daripada Astro Awani, seramai 20,258 nyawa penduduk Gaza yang telah terkorban sepanjang perang tersebut berlaku. Ini telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak kerana tindakan daripada pihak Israel ini dilihat sebagai satu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Melihat kepada situasi ini, kempen boikot produk Israel giat dijalankan dengan tujuan untuk mengurangkan dana perang pihak Israel. Persoalannya, tepuk dada tanya selera, adakah isu memboikot barangan Israel ini benar-benar membantu penduduk Palestin atau sebaliknya?
Rakyat Malaysia secara amnya lebih memfokuskan boikot terhadap syarikat-syarikat makanan yang terkemuka antaranya McDonalds dan Starbuck. Tetapi, adakah tindakan kita itu betul ataupun sekadar boikot membuta tuli tanpa berpandukan fakta yang sebenar? Mengikut laporan daripada The Palestinian BDS National Committee(BNC), gabungan terbesar dalam masyarakat Palestin yang mengetuai Boikot global, ada beberapa syarikat yang mereka senaraikan agar kita dapat tahu syarikat mana yang patut kita boikot. Antaranya adalah syarikat komputer gergasi di dunia iaitu HP. Hewlett Packard ataupun lebih dikenali sebagai HP membantu menjalankan sistem ID biometrik yang digunakan Israel untuk menyekat pergerakan Palestin. Mereka juga menyediakan perkakasan komputer kepada tentera Israel dan menyelenggara pusat data melalui pelayan mereka untuk polis Israel. Andaikata, seluruh rakyat Malaysia mampu membuat analisis yang betul dan jangkaan yang tepat tentang syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Israel nescaya pelaksanaan boikot akan berjaya dan akhirnya dapat melumpuhkan ekonomi negara tersebut.
Pada awal Disember yang lalu, satu syarikat pakaian terkemuka dunia iaitu Zara memuat naik satu gambar yang amat kontroversi. Kempen Zara tersebut menggambarkan apa yang kelihatan seperti mayat yang dibalut dengan beg mayat putih, mengingatkan pakaian tradisional pengebumian Muslim, serta batu, debu dan runtuhan seakan menggambarkan suasana rakyat Palestin sekarang. Mengapa pihak mereka membuat kempen tersebut pada masa rakyat Palestin sedang menderita? Adakah ini satu kebetulan ataupun mereka cuba membuat kontroversi untuk mengaut keuntungan di kala orang lain menderita. Syarikat ini dengan jelas mempermainkan isu yang sensitif ini dan mereka layak untuk diboikot. Berbeza pula dengan syarikat McDonalds. Umum mengetahui bahawa syarikah McDonalds di Malaysia ini diambil alih oleh orang Arab dan bukannya kepunyaan orang Yahudi. Tetapi masih menimbulkan keraguan kerana mereka masih perlu membayar royalti pemilikan kepada syarikat induk. Dalam isu ini, kita perlu menilai sebaik mungkin supaya tidak memberi mudarat kepada mana-mana pihak terutamanya kepada para pekerja yang majoritinya adalah umat Islam.
Memetik daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum boikot mestilah dilihat daripada keadaan semasa. Boikot boleh menjadi hukum wajib jika sebuah syarikat secara jelas memberi bantuan kepada pihak yahudi untuk membunuh umat Islam. Jika melemahkan musuh tidak sempurna melainkan dengan boikot, maka ia menjadi wajib sebagaimana kaedah:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
“Suatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya maka ia juga wajib”
Boikot adalah salah satu bentuk jihad menggunakan harta dengan tidak membeli barangan keluaran pihak musuh atau yang menyokongnya. Setiap orang hendaklah berjihad dengan kadar kemampuan masing-masing. Dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh The Times of Israel, Kementerian Kewangan terpaksa menutup 10 kementerian yang tidak berguna untuk menampung kos besar yang mereka keluarkan semasa perang. Jadi terbuktilah usaha kita untuk memboikot produk-produk mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada kewangan mereka. Kita tak mampu untuk turut berperang bersama-sama dengan rakyat Palestin dan diharapkan bantuan kecil daripada kita ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Namun dalam galak kita memboikot, janganlah mengejek kawan-kawan lain yang masih belum ada kesedaran tentang isu ini. Mereka mungkin sedang mencuba sebaik mungkin namun apakan daya, susah untuk tinggalkan serta-merta dengan barangan yang telah sebati dalam hidup kita. Kita sebagai kawan perlulah memberikan dorongan dan tunjuk ajar supaya mereka faham tentang kepentingan boikot ini.
Tegasnya, isu boikot perlulah dilaksanakan secara teliti dan berhati-hati, bak kata pepatah Melayu, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung juga tidak berselerak. Walaupun niat rakyat Malaysia memprotes syarikat-syarikat yang ada kaitan langsung ataupun hubungan perdagangan dengan Israel merupakan semangat kebersamaan yang ditunjukkan dalam menyatakan simpati kepada rakyat Palestin yang sangat menderita kehidupannya di negara sendiri. Maka sudah terang lagi bersuluh, kalaulah isu boikot ini dapat ditangani secara bijaksana dan kita dapat mengenal pasti syarikat yang menjadi penyumbang dana utama kepada keteguhan ekonomi Israel nescaya ia akan mencapai matlamat dan berjaya serta mencapai sasaran yang sebenar dan bukannya dianggap sebagai mimpi disiang hari. Suka untuk saya akhiri penulisan ini dengan slogan yang dipakai di seluruh dunia sebagai tanda sokongan kepada Palestin yang berbunyi “From river to the sea, Palestine will be free”. Moga-moga suatu hari nanti mereka juga dapat hidup bahagia bersama keluarga dan dapat merasakan erti kebebasan yang sebenar. Oleh itu, teruskanlah mendoakan keselamatan para penduduk Palestin dan jangan berhenti memberi sokongan kepada saudara Islam kita di sana mengikut kemampuan kita.
Bahaya Sifat Bertangguh
Sifat bertangguh-tangguh merupakan ciri yang melibatkan penangguhan atau penundaan pelaksanaan sesuatu tindakan. Dalam kehidupan harian, ramai yang mengalami kesan negatif akibat sifat ini. Contohnya, kerugian masa, tekanan mental, dan ketidakberkesanan. Oleh itu, artikel ini akan menggali isu bahaya sifat bertangguh, keburukan mengamalkannya, dan cara-cara mengatasi sifat bertangguh.
Bahaya Sifat Bertangguh
Sifat bertangguh boleh membawa bahaya dalam kehidupan, seperti menjejaskan pencapaian matlamat dan menyebabkan rasa kecewa. Al-Quran menegaskan pentingnya tindakan dengan firman,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (٢) كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ (٣)
"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah As-Saff, 61:2-3). Ini merangkumi amaran terhadap sifat bertangguh yang tidak sejajar dengan nilai-nilai Islam.
Hadis juga memberikan sokongan terhadap kepentingan mengatasi sifat bertangguh. Rasulullah SAW bersabda,
"...عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: "إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَّا نَوَى
"Setiap amalan tergantung pada niat, dan setiap orang akan mendapat apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan betapa pentingnya memiliki niat yang kukuh dan bertindak dengan tegas tanpa menangguhkan. Dengan merenungkan ajaran ini, seseorang dapat merasakan dorongan untuk mengatasi sifat bertangguh dan menjadi lebih produktif dalam kehidupannya.
Keburukan Mengamalkan Sifat Bertangguh
Keburukan mengamalkan sifat bertangguh dalam kehidupan dapat dilihat melalui akibat-akibat yang merugikan dan boleh membawa dampak negatif kepada pelbagai aspek. Al-Quran memberikan panduan yang tegas dalam Surah Al-Ma'idah (5:95) yang menyebut,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْتُلُوا۟ ٱلصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌۭ ۚ وَمَن قَتَلَهُۥ مِنكُم مُّتَعَمِّدًۭا فَجَزَآءٌۭ مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ ٱلنَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِۦ ذَوَا عَدْلٍۢ مِّنكُمْ هَدْيًۢا بَـٰلِغَ ٱلْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّـٰرَةٌۭ طَعَامُ مَسَـٰكِينَ أَوْ عَدْلُ ذَٰلِكَ صِيَامًۭا لِّيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِۦ ۗ عَفَا ٱللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ وَمَنْ عَادَ فَيَنتَقِمُ ٱللَّهُ مِنْهُ ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌۭ ذُو ٱنتِقَامٍ (٩٥)
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu dalam keadaan ihram. Barangsiapa yang membunuhnya dengan sengaja, maka dia harus mempersembahkan binatang sejenis dari ternak yang halal menurut hukum syara, yang disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai korban hadiah yang dikurbankan. Atau sebagai ganti (kafarat) memberi makan orang-orang miskin atau pemberian nazar."
Ayat ini menekankan kepentingan melaksanakan tugas dengan segera, dan bertangguh dalam konteks ini, seperti membunuh binatang buruan ketika dalam keadaan ihram, dapat menyebabkan kewajiban yang perlu dilaksanakan mengalami kelewatan. Dengan menangguhkan kewajiban, seseorang mungkin menimbulkan akibat yang tidak diingini dan bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan keadilan dan ketaatan terhadap perintah Allah. Oleh itu, keburukan mengamalkan sifat bertangguh dapat mengakibatkan pelanggaran terhadap norma-norma agama dan etika yang ditetapkan oleh Allah.
Cara Mengatasi Sifat Bertangguh Dalam Amalan Kerja Seharian
Penting untuk mengatasi sifat bertangguh dengan mengambil langkah tindakan yang positif. Al-Quran memberi panduan dengan menyebut,
وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (١٣٣)
"Dan segerakanlah keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang yang bertaqwa." (Surah Ali-Imran, 3:133). Mengambil tindakan secara aktif dan berkesan adalah kunci untuk mengatasi sifat bertangguh.
1. Penyusunan Senarai Tugas (To-Do List) yang Teratur dan Teratur
Satu langkah penting untuk mengatasi sifat bertangguh ialah dengan menyusun senarai tugas yang teratur dan terstruktur. Dengan merancang hari sejak awal, seseorang dapat membayangkan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dan mengurangkan rasa terlalu banyak kerja. Senarai tugas haruslah realistik dan mengutamakan keutamaan. Gunakan konsep keutamaan dan fokuskan pada tugasan yang paling penting atau mendesak terlebih dahulu. Ini membantu mengatasi kecenderungan untuk menangguhkan kerja dan memberikan panduan yang jelas tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Penyusunan senarai tugas juga dapat memberikan rasa pencapaian setiap kali satu tugas selesai. Rasakan kepuasan itu dan ini akan memberikan dorongan positif untuk terus bergerak maju.
2. Menggunakan Konsep "5-Second Rule"
Konsep "5-Second Rule" oleh Mel Robbins adalah idea yang menekankan pada tindakan segera. Apabila anda mempunyai pemikiran positif atau tugas yang perlu dilakukan, berikan diri anda lima saat untuk bertindak segera. Jangan biarkan pemikiran negatif atau keraguan menguasai. Dengan melatih diri untuk bertindak tanpa berlengah, anda boleh mengatasi sifat bertangguh yang sering muncul apabila memberi ruang kepada keraguan atau keengganan. Ini adalah pendekatan psikologi yang sederhana tetapi berkesan. Apabila anda memberi diri anda had untuk bertindak segera, anda memutuskan hubungan dengan keinginan untuk menangguhkan dan memberikan laluan kepada tindakan produktif. Ini membantu membentuk tabiat positif dan mengurangkan kecenderungan untuk menangguhkan tugas.
Secara keseluruhan, sifat bertangguh membawa bahaya yang perlu dihindari. Dengan merujuk kepada ajaran Islam, kita diajar untuk mengambil tanggungjawab dan menjalankan tindakan dengan penuh kecekapan. Oleh itu, kita perlu mengatasi sifat bertangguh demi mencapai kejayaan sejati dalam kehidupan ini. Dengan berusaha mengamalkan tindakan positif dan berkesan, kita dapat menjauhi kesan negatif sifat bertangguh dan mencapai matlamat hidup yang lebih bermakna.